Usaha menangkap Santoso

Sekatan daripada Amerika Syarikat

Pada 22 Mac 2016, Santoso mendapat sekatan daripada Jabatan Kewangan Amerika Syarikat berikutan dengan bai'ah beliau kepada ISIS. Secara amnya, sekatan tersebut untuk membekukan harta yang Santoso punyai dan harta yang berkaitan dengan kepentingan Santoso.[6]

Memburu Santoso

The Jakarta Post melaporkan pada 25 Mac 2016 bahawasannya sekurang-kurangnya terdapat kira-kira 2.500 orang pegawai polis kebangsaan Indonesia dan tentera kebangsaan Indonesia yang telahpun digerakkan sejak bulan Januari 2016 supaya boleh menangkap Santoso dan pengikut-pengikut beliau yang berjumlah kira-kira 34 orang.[2]

Pada 23 Jun 2016, Muhammad Nasir, bekas peneraju Mantiqi III, berkata kepada Santoso untuk menyerah diri:

"Cukuplah Santoso. Turunlah ke sini. Lebih baik kamu menyerah diri, tengoklah keadaan keluarga kamu. Tiada yang kau mesti buat lagi,"

Rujukan

WikiPedia: Santoso http://www.news.com.au/world/fight-until-doomsday-... http://jakartaglobe.beritasatu.com/archive/indones... http://www.business-standard.com/article/pti-stori... http://www.foxnews.com/world/2013/07/10/indonesia-... http://www.merdeka.com/peristiwa/ini-sosok-santoso... http://www.straitstimes.com/asia/se-asia/indonesia... http://www.straitstimes.com/asia/se-asia/indonesia... http://www.thejakartapost.com/news/2016/02/02/most... http://www.thejakartapost.com/news/2016/07/18/govt... https://www.treasury.gov/resource-center/sanctions...